Pemasaran Melalui Forum - KHASIAT MADU LEBAH
SUBTOTAL :

Follow Us

Pemasaran Melalui Forum

Pemasaran Melalui Forum

Short Description:

Product Description


Mengapa Pemasaran Forum?

Forum adalah salah satu tempat promosi yang anda boleh lakukan secara percuma. Terdapat beberapa kelebihan menggunakan Forum sebagai platform promosi anda. Sekiranya dilakukan dengan betul anda boleh mendapat trafik yang tinggi melalui forum.

Antara kelebihan pemasaran melalui forum adalah:

Pull Marketing: Anda tidak perlu mencari prospek, sebaliknya prospek sudah sedia ada. Di forum, ahli-ahlinya akan masuk secara kerap dalam tempoh jangka panjang. Mereka masuk dengan keinginan mereka sendiri tanpa dipaksa. Berbeza dengan anda terus menyuruh mereka masuk ke laman web atau blog anda. 

Bermaksud, tugas anda hanya mempromosikan produk anda dengan betul di forum dan meyakinkan mereka sahaja selain anda menyumbang sesuatu yang bernilai di forum. Soal trafik (prospek) bukan lagi masalah! Mereka tidak teragak-agak untuk menjadi pelanggan anda jika anda melakukan dengan betul!

Menjual Berkali-kali: Boleh menjual pelbagai produk berkali-kali kepada ahli-ahli forum dengan begitu mudah. Ini kerana forum adalah lebih kepada pembinaan perhubungan (komuniti). Anda dikenali oleh mereka, bermakna tiada masalah untuk anda menjual produk anda kepada mereka. Boleh panggil ini sebagai relationship marketing!
Kedudukan Di Senarai Enjin Carian (SERP) dan SEO: Forum biasanya mendapat kedudukan yang baik di senarai enjin carian seperti Google. Maka anda boleh menggunakan forum sebagai web perantara untuk mendapatkan trafik ke laman web atau blog anda melalui kedudukan yang baik tersebut di SERP. Dari aspek SEO, gunakan kelebihan forum untuk membina backlink (SEO) yang kuat untuk blog atau laman web anda.

Di dalam Panduan yang bakal anda dapatkan melalui laman web ini, anda akan ditunjukkan bagaimana melakukannya! Hanya beberapa asas sahaja yang mudah dilakukan.
Platform Jualan: Tiada laman web untuk menjual atau mempromosi produk? Anda sebenarnya boleh menjual servis atau produk anda HANYA di forum! Tahukah anda begitu ramai usahawan di luar sana yang hanya menggunakan forum sahaja di dalam menjual produk mereka?
Membina Kredibiliti: Jika anda mempunyai kepakaran atau pengetahuan yang lebih di dalam sesuatu bidang, forum adalah satu alat yang amat berkuasa. Forum adalah alat yang lebih berkuasa daripada blog atau laman web. Di forum anda boleh membina kredibiliti dengan hanya berkongsi pengetahuan dan kepakaran anda. Selebihnya tanpa bersusah payah orang ramai akan yakin dan tidak teragak-agak untuk membeli produk anda.



Cepat dan Percuma: Untuk menyertai forum, ia adalah percuma dan hanya mengambil masa beberapa minit sahaja untuk anda menjadi ahli. Dan untuk membina kredibiliti atau melakukan promosi, ia juga percuma TANPA perlu sebarang kos!


Rakan JV: Forum adalah tempat terbaik di dalam mencari rakan Joint Venture (JV) atau untuk mendapatkan agen affiliate. Di forum juga terdapat ramai pakar atau mempunyai kelebihan tertentu yang boleh anda jadikan sebagai rakan kerjasama (JV) untuk sesuatu projek.


Mendapatkan Perkhidmatan: Di forum, anda dengan mudah boleh mendapatkan servis untuk kerja tertentu seperti design, penterjemahan, proof reading, copywriting, programming, pembinaan laman web dan banyak lagi.

Kebanyakan ahli forum mempunyai kepakaran tertentu malah mereka menyertai forum pun adalah bertujuan mendapatkan pelanggan untuk perkhidmatan mereka. Malah jika kena caranya, anda boleh dapatkan khidmat mereka secara percuma atau dengan harga diskaun! Begitu banyak kelebihan forum untuk perniagaan anda. Itu pun jika anda tahu cara melakukannya dengan betul.








 

0 Reviews:

Post Your Review