Madu Tualang Gold - KHASIAT MADU LEBAH
SUBTOTAL :

Follow Us

madu tualang gold produk madu
Madu Tualang Gold

Madu Tualang Gold

madu tualang gold produk madu
Short Description:

Product Description


Madu Lebah Tualang adalah madu yang terbaik dan berkualiti serta diperakui oleh para penyelidik. Ia juga dikenali sebagai madu hutan tropikal (Tropikal Forest Honey), dihasilkan oleh lebah liar dikenali sebagai lebah sialang. Malaysia adalah antara negara yang bertuah yang mepunyai hutan hujan tropikal yang tertua dan terkaya di dunia. Sumber flora dan faunanya yang banyak dengan pelbagai spesis lebah liar yang tidak terdapat di negara lain.

Pokok Tualang adalah sejenis pokok balak yang tertinggi yang banyak terdapat di hutan di Semenanjung terutama Pahang, Kedah, Perak, Kelantan dan Terangganu. Kualiti madu lebah di pokok tualang yang dihasilkan oleh lebah liar menghasilkan madu lebah yang terbaik di dunia dan diakui oleh para penyelidik. Ia mengandungi debunga, mineral, banyak jenis vitamin dan enzim semulajadi dan tiada gula tambahan berbanding madu lebah ternak.

Ciri-ciri madu lebah tualang :-

(a) mempunyai agak gelap kehitaman kerana kandungan mineralnya seperti kuprum, zat besi dan magnesium yang tinggi dan jika disimpan lebih lama warna madu akan menjadi lebih gelap lagi;

(b) Madu yang masih baru mempunyai buih-buih yang halus berkumpul di permukaan dan setelah beberapa ketika buih-buih halus akan menyurut dan meninggalkan kesan buih di permukaan;

(c) Bau haruman madu agak kuat dan agak masam sedikit disebabkan oleh bau pati debunga hutan;

(d) Rasanya sedap dan agak kelat dan sedikit perit dan menyengat bila ditelan;

(e) sesiapa yang biasa meminum madu sendirinya dapat membezakan madu lebah yang asli dengan yang tiruan.Khasiat madu itu sendiri tersedia maklum oleh semua masyarakat di dunia sebagai penawar pelbagai jenis penyakit.

Beberapa faedah adalah seperti berikut:

1. Mengekalkan untuk mengurangkan kolesterol

2. Meningkatkan libido lelaki

3. Menggalakkan penyembuhan luka yang lebih pantas

4. Meningkatkan tenaga - iaitu menghilangkan keletihan

5. meningkatkan selera makan

6. Menggalakkan sistem imun

7. Mengurangkan ancaman jangkitan paru-paru dan batuk

0 Reviews:

Post Your Review