GoogleAdwords - KHASIAT MADU LEBAH
SUBTOTAL :

Follow Us

pengiklanan google
GoogleAdwords

GoogleAdwords

pengiklanan google
Short Description:

Product Description


Google Adwords merupakan salah satu cara pengiklanan yang ditawarkan oleh Google kepada semua pengiklan dari seluruh dunia. Fungsi utamanya tidak berubah sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 1994. Ia juga dikenali sebagai Pay Per Click Advertising. Anda boleh melihat laman http://www.google.com/adwords untuk maklumat lanjut.

Iklan anda akan diselitkan jika seseorang mencari sesuatu berkenaan dengan produk yang anda jual! Jika anda mensasarkan "perabot", setiap kali orang mencari maklumat tentang perabot, iklan anda akan keluar pada keputusan carian.Jadi ia sangat fokus. Inilah yang Google Adwords tawarkan kepada pengiklan.

Pengiklan hanya akandikenakan caj jika orang klik pada iklan mereka . Dengan ini mereka dapat berjimat dan memaksimakan keuntungan mereka. Anda tidak perlu bayar jika tiada klik.

Kesimpulannya anda tidak perlu membayar jika iklan anda tidak berjaya membawa pelawat ke laman web anda!

Google Adwords menjadi pilihan kebanyakan pengiklan kerana ketepatannya dalam "targeted trafic" daripada carian di enjin carian dan Google Partners.Kos Google Adwords yang murah berbanding dengan pesaing Google iaitu Yahoo dan Microsoft juga adalah faktor yang menjadikan ia mendapat tempat dihati pengiklan.

Anda boleh mulakan iklan anda di Google dengan kos serendah RM20. Ia mampu digunakan semua orang yang ingin mengiklankan perniagaan mereka di internet. Apa yang boleh anda buat dengan RM20 pada zaman sekarang?

Jika jumlah teknik teknik promosi yang anda gunakan selama ini adalah lima, apa kata tambah lagi jumlah tersebut agar promosi anda lebih meluas dan menyeluruh. Dan jika selama ini anda bergantung harap dengan cara percuma, apa kata kita lakukan juga cara yang berbayar?

Salah satu caranya ialah dengan menggunakan Adwords. Secara mudah, iklan adwords ini adalah berdasarkan kepada kiraan pay per click, iaitu anda dicaj apabila ada orang klik pada iklan adwords anda sahaja. Berikut adalah contoh iklan. Klik pada imej untuk paparan yang lebih besar.

Jika anda biasa menggunakan Google.com, anda mesti perasan terdapat dua bahagian pada page hasil carian anda. Satu di kiri dan satu lagi kanan. Pada bahagian kiri, ia dipanggil sebagai Organic Search. Inilah yang anda dengar selama ini mengenai SEO iaitu satu proses atau teknik untuk memastikan blog atau laman web tersenarai di dalam hasil carian. Dalam istilahnya, ia dipanggil sebagai Search Engine Result Pages (SERPs).

Manakala di sebelah kanan pula ialah iklan adwords yang saya nyatakan di awal tadi. Pada bahagian ini, para pengiklan (pemilik iklan) akan dikenakan caj jika iklan mereka diklik. Contohnya jika satu klik cajnya ialah RM0.30, maka jika ada 100 klik pada iklan tersebut, maka pemilik iklan tersebut akan dikenakan bayaran sebanyak RM30.00.

Nampak seperti mahal iklan Adwords ni kan? Tapi sebenarnya tidak. Biar saya berikan satu contoh agar anda berminat untuk mendalami ilmu Adwords ini. Katakan anda ada satu produk (katakan ebook) berharga RM35.00. Kemudian anda pun setup satu iklan yang mana kadar per klik ialah sebanyak RM0.25 sen sahaja.

Kemudian dalam tempoh 3 hari iklan terpapar di bahagian tersebut, ada 100 orang yang klik pada iklan anda itu. Daripada 100 orang, hanya 45 orang sahaja yang membeli produk anda. Jadi, berapakah kos pengiklanan adwords di sini dan berapakah keuntungan bersih jualan produk tersebut? Mari kita kira:

Kos Adwords = 100 x 0.25 = RM25.00

Hasil Jualan Keseluruhan = 45 x RM35.00 = RM1575.00

Untung Bersih (tolak kos) = RM1575 – RM25 = RM1550.00

Nah, siapa kata rugi??

Mungkin bagi anda kos RM25 itu satu kos yang besar, padahal jika kena caranya anda akan untung besar.


Sekarang ikut langkah-langkah berikut untuk buat iklan dengan Google adword. Sekarang ni Adword menawarkan Free Click sehingga RM100.00. Tawaran ini tak tahu sampai bila. Ada kemungkinan akan di tarik balik bila-bila masa sahaja




0 Reviews:

Post Your Review