IKLAN DI FACEBOOK - KHASIAT MADU LEBAH
SUBTOTAL :

Follow Us

iklan facebook
IKLAN DI FACEBOOK

IKLAN DI FACEBOOK

iklan facebook
Short Description:

Product Description



  1. Jika anda ingin Berjaya dengan cepat maka mengiklan di Facebook adalah satu kemestian. Iklan di Facebook adalah berbayar tetapi 'cost effective', jauh lebih murah dan mudah dipantau. Facebook caj mengikut berapa banyak orang klik iklan anda di Facebook. Berapa sen satu klik? Anda boleh set di bawah nanti. Lebih tinggi anda letak harga, lebih kerap iklan anda akan keluar dan lebih tinggi potensi untuk mendapatkan Pre-Enrollee (orang mendaftar percuma) yang sangat ramai.

  2. Untuk mengiklan di Facebook anda perlu ada akaun Facebook. Jika belum ada silalah ke www.facebook.com dan daftarlah di situ. Selepas daftar, letak photo dan add friends/jemput kawan masuk profile agar dapat menunujukkan yang akaun anda aktif.

  3. Selepas itu barulah boleh buat iklan. Nak register iklan amatlah mudah tetapi perlu ikut langkah seperti di bawah. Yang penting anda perlu tahu, Facebook tidak akan 'approve' apa-apa iklan berkaitan MLM dan semua berkaitan dengannya. Tetapi saya ada teknik untuk mengatasinya. Ikut sahaja langkah di bawah.

  4. Langkah pertama, klik 'Create an Ad' di sebelah kiri paparan.


  5. Kemudian klik 'Create an Ad' sekali lagi seperti di bawah.


  6. Paparan seperti di bawah akan muncul. PENTING! Di 'Destination URL' jangan letak landing page (website) anda dulu. Sila CALL /SMS/EMAIL SAYA sebelum meletakkan apa-apa URL di kotak berkenaan. Saya akan bagi URL khas. Wajib isikan URL khas yang saya berikan ke dalam kotak berkenaan ok. Jika anda letak landing page anda siap-siap, berkemungkinan besar Facebook tidak akan 'approve' walaupun anda buat beratus kali sehingga akaun facebook anda di 'disabled' atau ditamatkan. Melainkan landing page anda lansung tiada unsur MLM. Ingat ye. Sila juga maklumkan saya konsep/tema iklan samada shopping, percutian, kereta mewah dan lain-lain. Selepas isi URL yang saya berikan, terus isikan tajuk dan ayat-ayat menarik di dalam 'Title' dan 'Body Text' untuk iklan anda. Inilah masanya menjadi kreatif. 


  7. Setelah selesai mengisi ayat-ayat kreatif, klik 'Browse' untuk memilih dan mengambil imej atau gambar yang anda ingin letak diiklan anda. 


  8. Selepas itu anda akan nampak iklan anda seperti paparan di bawah. Jika anda ingin tukar gambar, sila klik 'Remove uploaded image' dan ulang semula langkah no. 6 di atas. Setelah berpuas hati, klik 'Continue' .


  9. Paparan seperti di bawah akan muncul.


  10. Sila isikan seperti di bawah. Kekalkan yang lain. Anda hanya perlu ubah atau pilih target market anda dari segi umur. Klik bahagian 'Age'. Jika anda bermula dari 18 (tahun) bermakna pelajar pun akan klik iklan anda dan besar kemungkinan mereka tak join / isi borang di landing page tetapi anda tetap dicaj per klik oleh facebook.   Namun terpulang kepada anda, contoh saya bermula dari umur 25 atau 28 tahun kerana pada peringkat umur ini rata-ratanya sudah bekerja dan ada income. Anda lihat di bawah, iklan saya akan dipaparkan kepada golongan berumur 28 tahun ke atas dan mereka seramai 1,697,420. Jika anda bermula dari umur 20 tahun angka itu akan bertambah. Anda tentukan sendiri. Setelah selesai, sila klik 'Continue'.


  11. Paparan di bawah akan muncul. 'Account Currency' jangan ubah, kekalkan. 'Campaign Name' adalah nama group iklan anda, berikan judul mudah (apa-apa saja) untuk anda cari kemudian di dalam page iklan anda. Ini penting 'Daily Budget', anda tentukan maksimum perbelanjaan iklan anda untuk sehari. Maksudnya, prospek yang berminat akan klik iklan anda dan setiap klik dicaj. Apabila klik sudah sampai nilai USD 5 (contoh, lagi rendah atau tinggi terpulang anda tentukan) iklan anda akan berhenti dipaparkan untuk hari itu, esok sambung kembali sehingga klik yang banyak itu mencapai jumlah USD5


  12. Kemudian klik 'Pay for clicks' (CPC). Anda kemudian diminta menentukan berapa bayaran untuk satu klik pada iklan anda. Isikan di dalam kotak 'Max. Bid (USD)'. Lebih tinggi nilai yang diletakkan maka lebih kerap iklan anda akan dipaparkan dan lebih banyaklah prospek yang akan mendaftar di dalam borang landing page anda. Berdasarkan contoh di bawah, USD 0.10 akan cukup untuk 50 klik sahaja sehari (anggaran) bersamaan USD 5 jumlah keseluruhan klik.  Selepas 50 klik iklan anda berhenti dipaparkan untuk hari berkenaan dan disambung semula paparannya esok hari dengan budget USD 5 sehari lagi sekali.Nasihat saya dapatkan seramai prospek di Facebook kerana mereka sudah tentu ada computer dan internet serta tahu sedikit sebanyak tentang IT, jadi mudah untuk mereka memahami bisnes online kita. Jumlah ini anda boleh tukar dari masa ke semasa. Setelah berpuas hati, sila klik 'Review Ad'.


  13. Di paparan ini anda perlu mengisikan butiran lengkap cara pembayaran samada menggunakan kredit kad atau debit kad. Pastikan maklumat yang diisi adalah tepat. Setelah menyemak dan yakin maklumat anda tepat, klik 'Place Order'


  14. Paparan di bawah akan muncul, anda akan nampak di bawah 'Status' bahawa iklan anda akan dinilai oleh Facebook terlebih dahulu ' Pending Review'. Proses penilaian oleh Facebook ini mengambil masa hampir 24 jam. Sila periksa dari masa ke semasa dengan pergi ke Facebook, pergi ke Profile anda dan klik 'Create an Ad' seperti proses mula-mula tadi dan ia akan membawa anda kepada iklan anda di sini. Buat masa ini, anda hanya perlu tunggu dan periksa status iklan anda dari masa ke semasa sehingga ia di'approved' oleh Facebook. Anda boleh tutup facebook sementara atau terus melayari facebook dan keluar dari halaman ini. Anda boleh menambah iklan dengan klik 'Create an Ad' di sebelah kanan. Pastikan anda meletakkan iklan berkenaan di group yang sama iaitu (Contoh di sini) 'Campaign Name' Jutawan.


  15. Inilah paparan iklan yang telah 'approved' atau diluluskan oleh Facebook. Pada 'Status' ada perkataan 'Active' bermakna iklan anda sudah lulus. Bermula dari saat ini, iklan anda sudah pun di paparkan. Bila sudah approved SILA CALL SAYA SEGERA DAN MAKLUMKAN DAH LULUS. Saya akan pastikan prospek yang berdaftar akan diproses data mereka oleh Vemmabuilder. 


  16. PENTING -  JANGAN UBAH APA-APA DI IKLAN ANDA. ANDA HANYA BOLEH UBAH 'Daily Budget' dan 'Bid' PADA IKLAN BERKENAAN SAHAJA. 


  17. Anda juga akan mendapat makluman dari Facebook terus ke email anda, memberitahu iklan anda telah diluluskan. 


  18. Iklan yang sudah siap dipaparkan di sebelah kanan Facebook. Anda boleh mendapat berpuluh malah beratus prospek / PE dari iklan anda di Facebook bergantung kepada nilai iklan yang anda tetapkan.
Bagaimana Membuat Orang Suka Kepada Kita di FB

  1. Walau apa tujuan menyertai Facebook, utamakan asasnya iaitu 'networking'. Atau dalam kata lain, berkenalan, bersosial, berkomunikasi dan ada interaksi.


  2. Mesti mampu membuatkan orang jelas dengan diri kita seperti apakah produk atau perkhidmatan yang kita tawarkan. Hal ini amat wajib dan penting. Jika tidak, kita akan 'tenggelam'.


  3. Di laman web sosial, orang lebih suka melihat apakah yang kita lakukan dari semasa ke semasa. Jadi gunakan fungsi seperti Photos dan Video sebaik-baiknya.




  4. Sertai Group yang berkaitan dan Add ahli-ahli di Group itu sebagai Friend kita. Beritahu mereka bahawa kita juga adalah ahli kepada Group tersebut. Ini adalah salah satu cara untuk menambah kawan tanpa membuatkan mereka ragu siapakah kita.


  5. Berikan maklumat yang bernilai. Diri kita akan menjadi bernilai di mata ahli FB jika maklumat atau informasi yang kita berikan bernilai untuk mereka. Di FB, lebihkan 'sharing' berbanding promosi semata-mata.


  6. Salah satu cara lain untuk menambah Friend adalah dengan menyemak emel-emel pelanggan kita di FB. Jika ada, Add mereka dan beritahu mengenai anda.


  7. Selepas Add seseorang, komunikasi pertama adalah amat penting. JANGAN sesekali terus melakukan promosi kepada mereka. Boleh mulakan dengan ucapan terima kasih dan salam perkenalan.


  8. Kebanyakan orang terlalu takut untuk membeli melalui internet kerana alasan sukar mempercayai. Begitu juga untuk percaya kepada mana-mana individu atau pihak yang melakukan promosi di internet. Begitu juga di FB.


  9. Oleh itu, kurangkan rasa takut ahli-ahli FB dengan konsisten muncul di FB seperti berkomunikasi dengan mereka, memuat naik foto dan video. Wujudkan kepercayaan pada diri mereka bahawa kita adalah usahawan atau perniagaan yang boleh dipercayai. Cara lain, letak testimonial daripada pelanggan sedia ada.


  10. Semakin kita 'rapat' dengan ahli-ahli FB, maka kita akan semakin mendapat perhatian.


  11. Jika mempunyai kamera atau webcam, boleh terus rekod video dengan menggunakan fungsi Video Recorder di FB.


  12. Gunakan fungsi "Tagging" sebaik-baiknya, tetapi tag mereka yang berkaitan sahaja. Elakkan tag secara melulu kerana ia boleh membuatkan mereka marah dan menganggu ruang FB mereka.


  13. Hari Lahir: Salah satu cara untuk berkomunikasi dengan ahli-ahli FB adalah dengan mengucapkan ucapan-ucapan yang baik-baik kepada mereka bersempena ulangtahun kelahiran mereka. Status hari lahir ada di bahagian HOME FB.


  14. Wujudkan Group atau Fan Page sendiri yang mana ia mempunyai beberapa kelebihan berbanding akaun peribadi (personal profile account).


  15. Event: Dalam diam, sudah banyak pihak perniagaan atau individu yang berjaya mendapat peserta untuk program anjuran mereka HANYA melalui Facebook. Caranya adalah dengan menggunakan fungsi Event.


  16. Jika sesuai, boleh integrasikan akaun Facebook dengan Twitter dan juga blog (RSS).


  17. Chat: Tanpa perlu menggunakan aplikasi lain di luar FB, kita boleh menggunakan fungsi Chat untuk berbincang sesuatu perkara bersama pelanggan. Namun pastikan cara ini tidak membuatkan masa kita habis begitu sahaja tanpa kawalan.


  18. Pelbagaikan bentuk penulisan di FB. Elakkan terlalu streotaip atau kaku dengan satu-satu cara sahaja. Masukkan unsur-unsur humor, fakta, statistik, pendapat, berita, link ke artikel yang menarik, persoalan, menggunakan imej di dalam penulisan di nota (Notes), senarai dan pelbagai lagi bentuk.


  19. Saya dapati, jika kita menjadikan (memperlakukan) rakan-rakan (Friends) di FB sebagai pelanggan di dalam komunikasi iaitu 'kita di atas dan mereka di bawah', ia kurang berkesan di dalam menarik minat mereka. Kita perlu melihat mereka seperti seorang rakan (sama aras), dan bukan seorang pelanggan. Maka laras bahasa juga perlulah sesuai tanpa menggunakan ayat-ayat yang terlalu menjual. Orang tidak suka mereka terjual. Kurangkan ego mereka.


  20. Gunakan bahasa atau cara penulisan yang boleh difahami oleh semua golongan. Bahasa SMS (shortcut) biasanya difahami oleh orang-orang muda sahaja, tetapi tidak untuk orang-orang lama. Begitu juga bahasa pasar, tidak semua bangsa boleh memahaminya. Tanda seseorang itu serius dalam bisnes adalah, mereka akan menjaga cara penulisan dan bahasa mereka sebaik mungkin.


  21. Elakkan melepas geram atau menulis sesuatu yang negatif, atau melakukan sesuatu yang kurang elok. Seorang usahawan (terutama yang berjaya) biasanya akan dilihat sebagai hebat dan positif. Jika kita (usahawan) menulis sesuatu yang menunjukkan kita lemah, mudah mengeluh, tidak bersabar dan cepat melenting, maka nilai kita pada pandangan orang akan mula terhakis.


  22. Jika tiada idea untuk menulis sesuatu di FB, gunakan sahaja fungsi Link dengan memasukkan link (pautan) ke mana-mana artikel di blog, lagi-lagi jika kita mempunyai sebuah blog yang telah ditulis dengan banyak artikel.

 

1 Review:

  1. Sumber asal artikel di bahagian kedua di atas:

    http://blog.smartusaha.com/21-tip-pemasaran-facebook-usahawan/

    ReplyDelete