Kaedah Mudah Blog - KHASIAT MADU LEBAH
SUBTOTAL :

Follow Us

Kaedah Mudah Blog

Kaedah Mudah Blog

Short Description:

Product Description

Anda menjalankan perniagaan berangkai tetapi tidak mempunyai blog? Amat merugikan!

Anggap blog sebagai "brochure" anda di Internet di mana orang ramai boleh mendapat akses kepada blog anda untuk mendapatkan maklumat, cara hubungi anda dan seterusnya menyertai perniagaan berangkai yang anda promosikan. Contoh blog saya http://jakmasvemma.blogspot.com dan anda boleh dapatkan artikel dari blog-blog upline untuk dimuatkan di blog anda.

Mungkin anda ingat, membina blog adalah sukar. Tidak sama sekali. Ianya adalah mudah seperti mendaftar akaun email sahaja. Lawati http://www.blogger.com dan anda boleh membina sebuah blog secara percuma.

Seringkali, seseorang dapat berjumpa 3-4 prospek sehari secara bersemuka. Tetapi, dengan mempunyai blog, bukan sekadar 3-4 prospek sahaja, tetapi 30... 40...300... 400 prospek sehari pun bukan lagi mustahil dengan cara mereka melawati blog anda. Pelawat blog anda adalah prospek anda!

Mulakan sebuah blog, dan lengkapkan sekurang-kurangnya dengan maklumat perniagaan berangkai anda. Sertakan sekali kaedah menghubungi anda. Sertakan kisah-kisah kejayaan, maklumat menarik, informasi terkini mengenai perniagaan anda.

Sebaiknya blog dikemaskini selalu. Tetapi, oleh kerana tip kita digelar "kaedah mudah", sekurang-kurangnya anggap sahaja blog anda sebagai satu "brochure" untuk prospek anda mendapat maklumat lanjut, dan kemudian menghubungi anda!

Jangan lupa pula apabila memiliki blog, sertakan alamat blog anda di dalam SEMUA bahan-bahan promosi anda seperti business card, brochure dan lain-lain!


Blog, atau Web Log (www.blogger.com), kini menjadi trend semasa di mana sesiapa sahaja boleh mempunyai kehadiran online secara mudah. Anda boleh mempunyai blog sendiri secara percuma dan anda boleh menulis apa sahaja yang anda suka. Blog boleh menjadi tempat sesiapa sahaja menulis pendapat mereka mengenai apa sahaja isu yang diinginkan. Daripada hobi, ke politik hingga ke agama.

Penggunaan blog boleh juga membantu sesuatu perniagaan dalam merapatkan lagi pengguna tersebut dengan pemilik perniagaan. Anda boleh melihat contoh blog saya di http://jakmasvemma.blogspot.com di mana saya memberi tip-tip perniagaan Vemma. Di samping itu, blog juga boleh digunakan untuk memperkenalkan produk-produk dan perkhidmatan kepada pelawat blog.

Seperti contoh sebelum ini, ianya tidak mustahil mendapat 100-200 pelawat blog anda setiap hari. Dengan mempunyai blog anda mungkin mampu menerima lebih daripada 1,000 pelawat sehari. Tidak berdaya kita untuk pergi berjumpa 1,000 prospek dalam masa sehari, tetapi, kehadiran blog membolehkan 1,000 prospek mengetahui tentang perniagaan kita dalam sehari.

Fikirkan bagaimana blog boleh membantu perniagaan anda. Bergantung kepada perniagaan anda, anda boleh membina blog yang member tip-tip menarik berkaitan dengan perniagaan anda untuk manfaat orang ramai.

0 Reviews:

Post Your Review