Pengalaman Kat Tol Ayer Keroh - KHASIAT MADU LEBAH
SUBTOTAL :

Follow Us

Pengalaman Kat Tol Ayer Keroh

Pengalaman Kat Tol Ayer Keroh

Short Description:

Product Description

Hari ni baru balik dari JB. Ada mesyuarat kat JB. Satu pengalaman yang tak boleh dilupakan ler semalam masa masuk tol Ayer Keroh masa nak ke JB. Masa aku lalu ramai ler pegawai SPRM tunggu di booth tol. Siap dengan kamera lagi. Aku pun cool jer lalu tunjuk macho. Dia orang semua senyum dan aku pun senyum. maklum ler kamera tengah zoom kat kereta aku. Ada ler dua orang pegawai SPRM hulur brochure dan flyer kat aku, dan dengan senyum manis aku pun ambil brochure tu dan terus jalan. Kira-kira 10 meter aku dengan ada orang jerit-jerit dan aku tengok cermin macam tak ada ape2 berlaku dan dengan tenang aku meneruskan perjalanan.

Bila sampai tol Skudai masa nak bayar tol baru aku perasan yang aku cuma ambil brochure dan flyer dari SPRM tapi tiket tol aku tak ambil. Alamak berpeluh sejuk juga sekejap sebab ada orang kata kalau tiket tol hilang atau tak ada tiket kena denda. Gelabah jugak aku, bonus Vemma lum masuk lagi, duit gaji dah tinggal cukup-cukup aje. Dengan tenang dan selamba aku pun citer kat penjaga tol dan dia pun kontek superviser dia kot dan nasib aku baik tak kena denda cuma bayar tol dari Ayer Keroh ke Skudai jer. Satu hal aku lupa nak buat, aku tak bagi business card vemma pada orang yang jaga tol tadi. Sudah rugi satu peluang prospek. Jadi kalau nak ke mana-mana jangan lupa bawak business card Vemma. Prospek kita ada kat mana-mana jer.
Hari ni mesyuarat habis cepat. Lepas lunch trus balik Melaka dan sampai rumah anak-anak aku sibuk main PS2. Ni satu hal juga. Balik sekolah terus buka game, sampai makan pun tak sempat. Masa kita kecik2 dulu tak der pulak sibuk main PS2...ehh..ehh lupa pulak zaman tu mana ada PS2. Zaman tu pun ekonomi kita tak berapa kukuh. Sekarang peluang kerja banyak cuma nak tak nak jer.

Kalau yang dah ada kerja sepenuh masa boleh buat part time. Peluang buat part time dengan Vemma memang lumayan. Cuma kita aje yang nak buat atau tak nak. Peluang dah ada depan mata, sambau aje lerrr. Tapi satu hal yang kena kita fahamkan, Vemma adalah bisnes sama seperti bisnes lain. Jadi kalau nak bonus banyak kena rajin ler usaha. Rajin Usaha Tangga Kejayaan. Tanpa usaha jadi ler mat jenin, berangan jer panjang tapi usaha tiada.

Kepada sesiapa sahaja yang memang ingin maju dan buat duit melalui kerja part time, saya amat galakkan agar anda join Vemma. Produk terbaik, Sistem Autoresponder yang canggih, Pelan Ganjaran yang mudah, limpahan downline dari upline, dan macam-macam lagi.Kalau agak2 tak faham macam mana nak buat, ringan2kan tangan, angkat tekefon, tanya pada upline. Kalau direct upline tak berapa mahir, tanya upline no. 2 dan kalau masih tak puas hati tanya upline atas sekali. Dan jangan lupa datang ke bisnes preview untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai bis ini.

0 Reviews:

Post Your Review